探究中学生家庭支持与学校适应的关系 - 何丽萍

日期:2023 June 30

【论文摘要】学生在校面对的课业压力、人际适应、行为适应、校园生活适应和情感适应等问题,是家长、教师、教育管理者关心的重要课题。同时,也须有研究探讨如何有效预防和解决上述问题。

本文旨在探讨马来西亚独立中学学生的学校适应能力和家庭支持的关系及影响机制,探索当前学生的学校适应性状况,为独中生的学校适应性提供依据,从而对学生的心理健康教育、学校适应和家庭支持提供合理的建议。

本研究采用问卷调查的方法,调查数据来自马来西亚柔佛州新山县华文独立中学,研究样本共633名中学生,使用了《学生学校适应量表》和《家庭社会支持正式问卷》作为研究工具,采用SPSS23.0统计软件对数据进行处理,结果显示:

(1) 学校适应存在显著的性别和年段的差异。女生的学校适应总体比男生好;不同年段的学生在学校适应水平各维度中存在显著差异。

(2) 家庭支持在年段上存在显著差异。初一学生家庭支持得分最高,而高二学生得分最低。

(3) 家庭支持在家庭月收入上存在显著差异,家庭月收入越高的学生,获得的家庭支持越高。

(4) 家庭支持在父母婚姻状况不同上存在显著差异,父母维持婚姻的学生获得家庭支持水平最高,父母离婚的学生获得家庭支持最低。

(5) 学生家庭支持程度越高,学校适应力越好;两者之间存在显著正相关关系。

 

关键词:学校适应  家庭支持  独中生  自身因素  性别差异

Kajian Mengenai Hubungan antara Sokongan Keluarga dengan Penyesuaian Diri di Sekolah bagi Pelajar Sekolah Menengah - Ho Li Peng

Tarikh: 2023 Jun 30

Abstrak: Masalah tekanan akademik, penyesuaian interpersonal,tingkah laku, kehidupan kampus, dan emosi yang dihadapi oleh pelajardi sekolah merupakan isu penting yang diperhatikan oleh ibu bapa,guru, dan pengurus pendidikan. Kajian juga perlu dijalankan untuk meneliti kaedah mencegah dan menyelesaikan masalah-masalah yangdinyatakan di atas secara berkesan.

Tujuan artikel ini untuk mengkaji hubungan antara kemampuanpenyesuaian diri dengan sokongan keluarga dan mekanismepengaruhnya bagi pelajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), Malaysia. Artikel ini akan mengeksplorasi keadaanpenyesuaian pelajar pada masa kini di SMPC dan juga memberirujukan asas bagi isu penyesuaian pelajar di SMPC serta memberi

cadangan terhadap pendidikan kesihatan mental dan penyesuaian diripelajar di sekolah serta sokongan keluarga.

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan soal selidik, dengandata yang diperolehi daripada SMPC di daerah Johor Bahru, Malaysia. Sampel kajian melibatkan 633 pelajar, dengan menggunakan “SoalSelidik Penyesuaian Sekolah Pelajar” dan “ Soal Selidik Formal Sokongan Sosial Keluarga” sebagai instrumen kajian. Data dikumpul telah dianalisis menggunakan perisian statistik SPSS23.0. Keputusan kajian adalah seperti berikut:

(1) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam penyesuaian di sekolah antara jantina dan kumpulan umur. Keseluruhan penyesuaian pelajar perempuan lebih baik daripada pelajar lelaki; terdapat perbezaan yang signifikan dalam dimensi penyesuaian di sekolah dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada kumpulan umur yang berbeza.

(2) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam sokongan keluarga bagi pelajar daripada kumpulan umur yang berbeza. Skor sokongan keluarga paling tinggi diperoleh oleh pelajar Junior 1, manakala pelajar Senior 2 pula mendapat skor yang paling rendah.

(3) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam sokongan keluarga berdasarkan pendapatan bulanan keluarga. Pelajar yang berasal dari keluarga berpendapatan bulanan yang semakin tinggi akan mendapat sokongan keluarga yang lebih tinggi.

(4) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam sokongan keluarga berdasarkan status perkahwinan ibu bapa. Pelajar yang ibu bapa mereka masih bersama memperoleh sokongan keluarga yang paling tinggi, manakala pelajar yang ibu bapa mereka sudah bercerai memperoleh sokongan keluarga yang paling rendah.

(5) Semakin tinggi tahap sokongan keluarga yang diterima oleh pelajar, semakin baik penyesuaian di sekolah mereka; terdapat hubungan positif yang signifikan antara kedua-duanya.

 

Kata kunci: Penyesuaian di Sekolah, Sokongan Keluarga, Pelajar SMPC, Faktor Individu, Perbezaan Jantina

A Correlation Study of Family Support and School Adjustment among Secondary School Students - Ho Li Peng

Date: 2023 June 30

Abstract: Chinese Independent High Schools students face various issues such as academic pressure, interpersonal relationship adjustment, behavioral adjustment, campus life adjustment, and emotional adjustment.

The purpose of this study is to investigate the relationship between family support and school adjustment among secondary school students. The findings of this study will contribute suggestions and recommendations to Malaysian secondary school, in order to improve the quality of mental health education, school adjustment and family support.

For this study, a survey was conducted and 633 participants from a Chinese Independent High School in Johor Bahru, Malaysia were recruited. The School Adjustment Scale and Family Support Questionnaires were used as the research tools in this study. All the questionnaires were analyzed using SPSS 23.0.

The results are as follows:

(1) There are significant differences between genders and graders in school adjustment. Female students have better school adjustment than male students, and there are significant differences in school adjustment among different grades.

(2) There are significant differences in family support among different grades. Junior Middle One students receive the highest level of support from their family members whereas Senior Middle Two students receive the least support.

(3) Chinese Independent High Schools students have significant differences between family support and family income. Students who come from families with high income receive more family support.

(4) The marital status of Chinese Independent High School students’ parents affects family support. The highest level of family support was found among students whose parents maintained their marriage, while the lowest level of family support comes from students with divorced parents.

(5)There is a significant positive correlation between family support and school adjustment for secondary school students. The higher the level of family support, the better the school adjustment.

 

Keywords: school adjustment, family support, Chinese Independent High

Schools students, self-factor, gender difference

疫情下历史课的“变” - 符彩英

日期:2023 June 30

【论文摘要】本研究是在2020年新冠肺炎疫情不稳定的情况下,导致学校停课,转为居家网课,尔后疫情趋缓,恢复实体课,疫情严重又回到居家学习的反复变化中,探讨老师要如何去应变面授与线上教学模式而开展的研究。笔者以高三文商班53位学生为研究对象,把这段经历写成文字与同科系老师一起分享。笔者期望本研究有助于(一)了解任教的高中三学生在历史科线上学习的情况;(二)所布置的习作对学生学习的掌握程度及接受度如何;(三)审视自身教学的过程,激发一些教学模式的革新,为未来的教学活动设计提供具体的参考。笔者综合2020年教学的改变,线上教学及实体课教学交替进行,期望能够让大家理解疫情带来的教学新常态——混合式教学。

研究结果发现学生一般认同老师的引导,并用互动性的方式去交流与表达。在老师的引导下,学生可以依据老师的要求,去完成更有创意性的学习。这种教学模式可提高历史科课堂学习的成效。在线上课堂内,教师根据学生的线上学习与讨论情况,针对性地进行详细讲解,彻底解决学生的学习困惑,并帮助学生更好地掌握教学难点和重点,完成相应的教学目标。线上线下混合教学方法能将传统课堂教学和现代信息化技术结合起来。这次的“停课不停学”激发出新的教学及学习模式,进一步提高教学成效。

 

关键词:新冠肺炎疫情  线上教学  实体课  停课不停学  混合式教学


 

“Perubahan” yang Berlaku dalam Pengajaran Mata Pelajaran Sejarah Semasa Pandemik - Foo Chai Eng

Tarikh: 2023 Jun 30

Abstrak: Kajian ini dijalankan pada tahun 2020 ketika wabak COVID-19 yang tidak menentu menyebabkan sekolah ditutup dan beralih kepada pembelajaran dalam talian. Selepas wabak reda, pembelajaran beralih semula kepada pembelajaran secara bersemuka di sekolah. Bagaimanapun apabila wabak kembali memuncak, pembelajaran alih kembali kepada pembelajaran dalam talian. Pengkaji telah mencatat pengalaman ini dalam bentuk teks dan berkongsi pengalamannya bersama rakan guru dari jabatan yang sama. Pengkaji berharap agar kajian ini akan membantu rakan guru sejarah yang lain dalam (1) memahami keadaan pembelajaran dalam talian bagi pelajar Senior 3 yang dipilih sebagai subjek kajian dalam mata pelajaran Sejarah, (2) menilai tahap pemahaman dan penerimaan pelajar terhadap tugasan yang diberi, dan (3) merefleksikan semula kaedah pengajaran sendiri dan mencetuskan inovasi kaedah pengajaran sebagai rujukan dalam reka bentuk aktiviti pengajaran pada masa depan. Pengkaji menggabungkan perubahan pembelajaran dalam talian dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah pada tahun 2020 dan berharap agar dapat memahami norma baharu pembelajaran yang dikenali sebagai pembelajaran teradun.

Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar secara amnya bersetuju dengan bimbingan guru dan menggunakan cara interaktif untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Di bawah bimbingan guru, pelajar dapat menyelesaikan pembelajaran yang lebih kreatif mengikut kehendak guru. Kaedah pengajaran ini dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran dalam kelas sejarah. Bagi kelas dalam talian, guru memberikan penjelasan yang terperinci berdasarkan pembelajaran dan perbincangan dalam talian pelajar, menyelesaikan kesukaran pembelajaran pelajar dan membantu pelajar menguasai titik fokus dan objektif pengajaran yang bersesuaian. Kaedah pengajaran yang menggabungkan pengajaran tradisi dan teknologi maklumat moden dapat dilakukan dengan menggabungkan kelas dalam talian dan kelas bersemuka. “Belajar dari rumah” yang dihasilkan oleh pandemik ini telah menginspirasikan model pengajaran dan pembelajaran yang baharu yang dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

Kata kunci: Wabak COVID-19, pengajaran dalam talian, pengajaran secara fizikal, pembelajaran di luar bilik darjah, pengajaran teradun

The “Changes” during the Covid-19 Pandemic for History Lessons - Foo Chai Eng

Date: 2023 June 30

Abstract: This study was conducted during the unstable situation of the Covid-19 pandemic in 2020, which caused schools to shift between physical and online classes. The purpose of this study was to explore how teachers should respond to these different teaching models. The researcher selected 53 students in the senior three commerce class as research respondents and aimed to share this experience in written form with teachers in the same department. The researcher hopes that this research can help (1) to understand the online History lesson learning situations of the Senior three students taught by the researcher; (2) to evaluate how well the students master and accept the assigned assignments; and (3) to reflect on the teaching process, stimulate some teaching innovations, and provide specific references for the design of future teaching activities. The researcher integrates the changes in online and physical class teaching in 2020 and aims to let everyone understand the new normal of teaching brought by the pandemic—— blended learning.

The results of the study showed that students generally agree with the teacher’s guidance and managed to communicate and express themselves in an interactive way. Under the guidance of the teacher, students can complete more creative learning according to the requirements of the teacher. This teaching mode can improve the effectiveness of History classroom learning. In the online classroom, teachers gave specific and detailed explanations based on students’ online learning and discussion, thoroughly solve students’ learning puzzles, and helped students better overcome learning difficulties and master key points to complete corresponding teaching goals. Online and offline integrated teaching methods have combined traditional classroom teaching with modern information technology. The implementation of Home-based learning mode has stimulated new teaching and learning models, and further improved the effectiveness of teaching.

Keywords: COVID-19 pandemic, online learning, physical learning Schools students, home-based learning, blended learning

后疫情催化的自学渠道—兴华中学 2020 年终自主学习任务的实施情况 - 许梅韵

日期:2023 June 30

【论文摘要】兴华中学自90年代实施针对初一至高二级学生四主科年终假期作业,规定于新学年首周提交。缴交率基本达100%,唯笔者尚持悬念:希望学生是在“好奇”、“感兴趣”的自主驱动力下做作业,并能取得自学的成功经验。2020年新冠疫情期间,笔者负责的新政单位两次针对居家学习情况实测的问卷回馈中,明显看到大部分学生面对居家学习时自学能力考验情况。顺此思考,笔者重新规划学校实施多年的年终假期作业措施,并于11月发布以“2020年终自主学习任务”为名,针对初三、高一、高二3个年级布置翻新作业:1) 摒弃四主科为中心,学生自选感兴趣的学习课题;2) 采开放参与以试探自主性;3) 引介“大规模开放式线上课程”(MOOCS)平台,推介可满足探究、补救、增强等不同需求的五大平台供学生选择。三级学生于2021年1月15日寄发超过522笔的课程修读证据,并于3月取得提交学习任务者中68.3%回馈:1) 最受欢迎的三大学习平台为“学堂在线”、“均一平台”、“可汗学院”;2)原因:该平台提供学科学习以外的课题、课程安排分单元循序渐进、课程使用中文为媒介语、该平台提供测验有助于检查学习绩效;3) 参与原因:希望在学校的“学术证明”上取得一项成果记录、不一样的假期作业,有新鲜感、挑战自己的自主学习能力;4) 收获:从课程中挖掘自己的兴趣项目与领域、感受到自主学习的乐趣与喜悦、学习到一门或多门新的技术/技能。研究结果也揭示学生可以透过年终假期作业培养自主学习的态度与习惯。同时,并能在自己感兴趣、找到自主学习驱动力的课题中,完成对个人生涯规划及兴趣拓展的探索。

 

关键词:自主学习  大规模开放式线上课程  年终假期作业  后疫情学习  短期课程


 

Saluran Pembelajaran Kendiri yang Dimangkin Pasca Pandemik — Pelaksanaan Tugasan Pembelajaran Kendiri Pada Akhir Tahun 2020 di Sekolah Menengah Hin Hua - Koh Meh Yin

Tarikh: 2023 Jun 30

 

Abstrak: Sekolah Menengah Hin Hua telah melaksanakan tugasan cuti akhir tahun sejak 1990-an untuk empat mata pelajaran utama bagi pelajar dari Junior 1 hingga Senior 2. Tugasan itu perlu dihantar pada minggu pertama tahun persekolahan baharu. Kadar penghantaran tugasan ini mencapai seratus peratus. Bagaimanapun penulis masih mempunyai keraguan. Penulis berharap pelajar akan membuat kerja rumah mereka dengan motivasi “rasa ingin tahu” dan “minat”, dan boleh memperoleh pengalaman belajar sendiri yang berjaya. Semasa wabak COVID-19 pada tahun 2020, penulis telah menjalankan dua soal selidik tentang pembelajaran di rumah, dan ternyata kebanyakan pelajar menghadapi cabaran keupayaan pembelajaran kendiri apabila belajar di rumah. Penulis merancang semula langkah tugasan cuti akhir tahun yang telah dilaksanakan oleh sekolah selama ini, dan mengeluarkan notis bertemakan “Tugas Pembelajaran Kendiri Cuti Akhir Tahun 2020” untuk memberikan tugasan yang telah diperbaharui untuk Junior 3, Senior 1, dan Senior 2 dengan syarat: (1) Pelajar memilih topik pembelajaran yang diminati sendiri. (2) Mengamalkan penyertaan secara terbuka untuk menguji autonomi pelajar. (3) Memperkenalkan lima platform “massive open online course” (MOOCS), yang boleh memenuhi keperluan berbeza iaitu penerokaan, pemulihan, dan pengukuhan untuk dipilih oleh pelajar. Sebanyak 522 bukti pengambilan kursus telah dikumpul pada 15 Januari 2021, dan menerima 68.3% maklum balas daripada mereka yang menghantar tugasan pembelajaran pada bulan Mac. Dapatan kajian menunjukkan tiga platform pembelajaran yang paling popular ialah “学堂在线”, “Junyi Academy” dan “Khan Academy”. Alasan pemilihan platform ini ialah platform ini menyediakan topik selain daripada pembelajaran subjek, susunan kursus dibahagikan kepada unit langkah demi langkah, kursus ini menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, dan platform ini menyediakan ujian untuk membantu menyemak prestasi pembelajaran. Alasan penyertaan dengan harapan untuk memperoleh rekod pencapaian pada “sijil akademik” sekolah, tugasan percutian yang berbeza, mempunyai rasa “ingin cuba”, dan mencabar keupayaan embelajaran kendiri. Dapatan yang diperoleh dalam tugasan ini ialah menemui minat dan bidang daripada kursus, rasai keseronokan dan kegembiraan pembelajaran kendiri, dan pelajari satu atau lebih teknologi/kemahiran baharu. Dapatan kajian juga menunjukkan tugasan cuti akhir tahun ini dapat memupuk sikap dan tabiat pembelajaran kendiri. Pelajar juga boleh melengkapkan penerokaan perancangan kerjaya peribadi dan peluasan minat dalam topik yang diminati.

 

Kata kunci: Pembelajaran terarah kendiri, kursus pembelajaran dalam talian berskala besar,

tugasan percutian akhir tahun, pembelajaran pasca pandemik, kurikulum jangka pendek

Self-Study Channels for Post-Pandemic Catalysis——The Implementation of Self-Learning Tasks at the End of 2020 in Hin Hua High School - Koh Meh Yin

Date: 2023 June 30

Abstract: Hin Hua High School has their year-end holiday homework in four main subjects for Junior 1 to Senior 2 students beginning in the early 1990s. Students are required to submit their holiday homework in the first week of the new school year open. The submission rate is basically one hundred percent. But researcher is still suspicious with the collection. Researcher hopes that students will do their homework under the driving force of “curiosity” and “interest” and they can obtain successful experience in their self-study. During the COVID-19 pandemic in 2020, researcher gave two feedbacks on the actual measurement of home-based learning. It is obvious that most students face challenges of self-study ability when studying at home. The researcher re-planned the year-end school holiday homework measures and released the “2020 year-end self-learning tasks”, a renovated homework for Junior 3, Senior 1, and Senior 2, with the conditions: 1) Students choose their own learning topics that they are interested in; 2) Adopt open participation to test autonomy; 3) Introduce the “Massive Open Online Courses” (MOOCS) platform, and also recommended five platforms for students to choose, which can meet the different needs of inquiry, remediation, and enhancement. More than 522 evidence of course study was collected on January 15, 2021, and received feedback from 68.3% of those who submitted learning tasks in March. The three most popular learning platforms are “学堂在线”, “Junyi Academy”, and “Khan Academy”. The Reasons for the selection of these platforms were: these platforms provide topics other than subject learning, the course arrangement is divided into units with step by step guidance, the course uses Chinese as the medium, and the platforms provide tests to help check learning performance. The reasons of participation is to obtain a record of achievements in the “Academic Certificate” of the school, different vacation assignments, freshness, and challenge their self-learning ability. The outcomes were promising, it has dug out students’ own interest items and fields. They feel fun and joy of doing such independent learning, and learn one or more new technologies/skills. The findings have shown that the cultivation of self-learning and self-directed learning habits can be achieved through their holiday homework, students find it as an interesting and learning driving force, and allowing them to complete and explore their future personal career planning, as well as their interest expansion.

 

Keywords: Self-directed learning, large-scale online learning courses, year-end holiday homework, post-pandemic learning, short-term curriculum

二十一世纪马来西亚华文独立中学的领导风格与技能研究

日期:2023 June 30

【论文摘要】由于技术的日新月异和全球化的影响,教育在21世纪发生了变革。因此,学校课程和管理也需要改变,以配合2013-2025年马来西亚教育蓝图。该蓝图指出学生需要能够通过教育计划培养21世纪的技能,如创造力、协作、批判性思维和沟通,以便他们能够在这个竞争激烈的世界中取得成功。有基于此,校长应该改变他们在教学和学习中的角色和责任,因为学校领导在学校中扮演监督者、学校政策制定者和促进者的角色。此外,他们不仅关注学校行政,还需要培养有效的领导技能,以帮助教师和其他管理人员进行教学和学校管理,因为学校领导的领导技能对学生的学习和成就有着重大影响。本研究将领导风格划分为仆人式领导、变革型领导、情境型领导和指导型领导四种。本研究旨在探索和审视马来西亚华文独中 (MICSS) 21世纪学校领导的要素,并调查校长的工作经验与领导技能和风格之间的关系。本研究使用定量研究来评估校长对领导技能的看法,以及作为校长的工作经验与领导技能和风格之间的关系。这项研究的结果表明,参与的校长表现出变革型领导力,因为他们更加注重团队合作技能、发展有效的沟通、与他人建立和谐的关系,并为教师设定学校使命和愿景以改善学生的学习。此外,这项研究也揭示,参与者作为校长的工作经验与领导技能和风格之间没有显着的关系。研究结果也可以提供更多信息,作为校长提高他们对21世纪领导技能的认识、参考和实施方法。同时,校长也可以规划专业发展计划以提高他们的领导技能和能力,以便改善或提高教学质量。

 

关键词:学校领导  21世纪领导力  领导风格和技能  工作经验  变革型领导

Kajian Penyiasatan Gaya Kepimpinan dan Kemahiran Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dalam Era Pendidikan Abad Ke-21 - Chong Pui Cheng

Tarikh: 2023 Jun 30

Abstrak: Reformasi pendidikan berlaku pada era pendidikan abad ke-21 akibat perubahan teknologi yang pesat serta globalisasi. Oleh itu, kurikulum dan pengurusan sekolah juga perlu diubah agar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menyatakan bahawa pelajar perlu dapat mengembangkan kemahiran abad ke-21 seperti kreativiti, kolaborasi, pemikiran kritis, dan komunikasi melalui program pendidikan untuk menjadikan mereka berjaya dalam dunia persaingan ini. Oleh hal yang demikian, pengetua harus mengubah peranan dan tanggungjawab mereka dalam pengajaran dan pembelajaran kerana pemimpin sekolah bertindak sebagai penyelia, pembuat dasar sekolah, dan fasilitator di sekolah. Selain itu, mereka bukan sahaja menumpukan kepada pentadbiran sekolah tetapi juga perlu membangunkan kemahiran kepimpinan yang berkesan untuk membantu guru dan kakitangan pengurusan lain dalam pengajaran dan pengurusan sekolah kerana kemahiran kepimpinan pemimpin sekolah mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pembelajaran dan pencapaian pelajar. Terdapat empat gaya kepimpinan yang dikemukakan dalam kajian ini iaitu kepimpinan pelayan, kepimpinan transformasi, kepimpinan bersituasi dan kepimpinan pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan mengkaji unsur-unsur kepimpinan sekolah abad ke-21 di Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia (MICSS) serta untuk menyiasat hubungan antara pengalaman kerja pengetua dengan kemahiran dan gaya kepimpinan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif untuk menilai persepsi yang digunakan terhadap kemahiran kepimpinan oleh pengetua dan hubungan antara pengalaman kerja sebagai pengetua dengan kemahiran dan gaya kepimpinan. Dapatan kajian ini mendedahkan bahawa pengetua menunjukkan kepimpinan transformasi kerana mereka lebih menumpukan pada kemahiran kerja berpasukan, membangunkan komunikasi yang berkesan, membina hubungan harmoni dengan orang lain, dan menetapkan misi dan visi sekolah untuk guru meningkatkan pembelajaran pelajar. Selain itu, kajian juga mendedahkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman kerja pengetua dengan kemahiran dan gaya kepimpinan. Dapatan kajian boleh memberi lebih banyak maklumat dan menjadi rujukan serta alat kepada pengetua untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang kemahiran kepimpinan abad ke-21. Mereka boleh merancang program pembangunan profesional untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan kepimpinan mereka demi penambahbaikan atau meningkatkan kualiti pengajaran.

 

Kata kunci: Pemimpin sekolah, kepimpinan abad ke-21, gaya dan kemahiran kepimpinan, pengalaman kerja, kepimpinan transformasi

A Study to Investigate the Leadership Styles and Skills of Malaysia Independent Chinese Secondary Schools in 21st Century Education Era - Chong Pui Cheng

Date: 2023 June 30

Abstract: Education reform occurs in this 21st century era due to the rapid changes in technology and globalization. Therefore, the school curriculum and management must also need to change aligning to Malaysia Education Blueprint 2013-2025. In which, it states that students need to develop the 21st century skills such as creativity, collaboration, critical thinking, and communication. Through the educational programmes to make them successful in this competitive world. Hence, the principals should change their roles and responsibilities in teaching and learning because school leaders act as supervisors, school policy makers, and facilitators in school. Furthermore, they are not only focus on school administration, but they also need to develop effective leadership skills to help teachers and other management staffs in teaching and managing the schools. The school leaders’ leadership skills have significant influences on the students’ learning and achievement. There are four styles of leadership in this study which are servant leadership, transformational leadership, situational leadership, and instructional leadership. This study aims to explore and examine the elements of 21st century’s school leadership in Malaysian Independent Chinese Secondary Schools (MICSS) as well as to investigate the relationship between principals’ work experience and leadership skills and styles. This study used quantitative research to assess the perception used of leadership skills by the principals and the relationship between the work experience as a principal and leadership skills and styles. The findings also revealed that the participants demonstrated transformational leadership as they were more focusing on teamwork skills, developing effective communication, building harmony relationship with others, and setting school mission and vision for the teachers to improve the students’ learning. Nonetheless, the study also revealed that there was no significant relationship between the participants’ work experience as a principal and leadership skills and styles. The findings of the study can provide more information and serve as a reference and tool for the principals to increase their awareness of the 21st century leadership skills as well as plan the professional development programmes to enhance their leadership skills and abilities to improve or enhance teaching qualities.

 

Keywords: School leader, 21st century leadership, leadership styles and skills, work experience, transformational leadership

Main Menu