教育公平视角下的考试:A-Level与独中统考数学科比较研究 – 李俊康

日期:2025 Sep 30

【论文摘要】教育公平一直是全球教育政策研究的重要议题,其核心在于确保学生的个人或社会经济背景不会成为教育成功的障碍。备考资源的透明度和可及性决定了考生能否公平地获取备考信息,影响他们的学习策略和考试表现。本研究从教育公平的视角,比较英国 A-Level 考试与马来西亚华文独中统考在备考资源透明度和可及性方面的差异,重点分析考试大纲、历届考题资料库和批改标准三个维度对学生备考和教育公平的影响。研究采用文本分析法,基于官方政策文献,对两种考试体系相关材料进行对比研究发现,A-Level体系在备考资源的透明度和可及性方面表现较佳,其考试大纲内容详尽,明确列出考核重点和答题要求,历届考题和批改标准亦向考生公开,帮助学生有效备考。相比之下,独中统考的考试大纲同样具有较高透明度,并提供免费的试题分类集,但在历届考题及批改标准的可及性方面存在经济门槛。学生无法免费下载最新的历届考题,而批改标准亦未对外公开,可能对资源匮乏的学生造成不利影响,加剧考试公平性问题。基于研究发现,本研究建议独中统考提升备考资源的透明度和可及性,包括优化考试大纲的细节描述,提供官方备考指南,降低历届考题获取门槛,并公开批改标准,以减少因信息不对称带来的教育不公平。

 

关键词:教育公平  标准化考试  备考资源  透明度  可及性

Peperiksaan dari Perspektif Kesaksamaan Pendidikan: Kajian Perbandingan Subjek Matematik antara A-Level dengan UEC Sekolah Menengah Persendirian Cina - Lee Chin Khang

Tarikh: 2025 Sep 30

 

Abstrak : Kesaksamaan pendidikan sering menjadi isu penting dalam penyelidikan dasar pendidikan global. Intinya adalah untuk memastikan latar belakang peribadi atau sosioekonomi pelajar tidak menjadi halangan kepada kejayaan akademik mereka. Ketelusan dan kebolehcapaian sumber persediaan peperiksaan menentukan sama ada calon dapat memperoleh maklumat persediaan dengan adil, sekali gus mempengaruhi strategi pembelajaran dan prestasi peperiksaan mereka. Kajian ini meneliti perbezaan dalam ketelusan dan kebolehcapaian sumber persediaan peperiksaan antara peperiksaan A-Level di United Kingdom dengan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dari perspektif kesaksamaan pendidikan. Kajian ini memberi tumpuan kepada tiga aspek utama: sukatan peperiksaan, pangkalan data soalan peperiksaan tahun-tahun lepas, dan skema pemarkahan, serta kesan ketiga-tiga aspek ini terhadap persediaan calon dan kesaksamaan pendidikan. Melalui kaedah analisis dokumen, hasil kajian menunjukkan bahawa sistem A-Level mempunyai tahap ketelusan dan kebolehcapaian sumber persediaan peperiksaan yang lebih baik. Sukatan peperiksaannya dihuraikan secara terperinci mengenai objektif penilaian dan keperluan jawapan, manakala soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan skema pemarkahan boleh diakses secara terbuka sekali gus membantu pelajar membuat persediaan dengan lebih berkesan.

Sebaliknya, sukatan peperiksaan UEC juga menunjukkan tahap ketelusan yang tinggi dan menyediakan himpunan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas mengikut kategori secara percuma. Walau bagaimanapun, kebolehcapaian masih menjadi cabaran disebabkan oleh halangan kewangan. Pelajar tidak dapat memuat turun soalan peperiksaan tahun-tahun lepas yang terkini secara percuma dan ketiadaan skema pemarkahan yang boleh diakses secara terbuka boleh menjejaskan pelajar yang kurang berkemampuan. Keadaan ini memburukkan lagi ketidaksaksamaan pendidikan. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa langkah dicadangan supaya meningkatkan ketelusan dan kebolehcapaian sumber persediaan peperiksaan UEC. Cadangan termasuk memperincikan kandungan sukatan peperiksaan, menyediakan panduan rasmi persediaan peperiksaan, mengurangkan halangan dalam mendapatkan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas serta mendedahkan skema pemarkahan. Langkah-langkah ini dijangka dapat mengurangkan ketidaksaksamaan pendidikan yang berpunca daripada ketidakseimbangan maklumat.

 

Kata kunci: Kesaksamaan Pendidikan, Peperiksaan, Sumber Persediaan Peperiksaan, Ketelusan, Kebolehcapaian

Examine the Perspective of Educational Equity: A Comparative Study of Mathematics in A-Level and Chinese Independent High School UEC - Lee Chin Khang

Date: 2025 Sep 30

Abstract : Educational equity has long been a crucial topic in global education policy research, emphasizing the need to ensure that students’ personal or socioeconomic backgrounds do not become obstacles to academic success. The transparency and accessibility of exam preparation resources determine whether candidates can fairly obtain study materials, influencing their learning strategies and exam performance. This study examines the differences in the transparency and accessibility of exam preparation resources between the A-Level examinations in the United Kingdom and the Unified Examination Certificate (UEC) of Malaysian Independent Chinese Secondary Schools from an educational equity perspective. It focuses on three key aspects: exam syllabus, past exam paper repositories, and marking scheme, analyzing their impact on students’ exam preparation and overall educational fairness. Using document analysis, this study compares official policy documents from both examination systems. The findings indicate that the A-Level system demonstrates higher transparency and accessibility in exam preparation resources. Its syllabus provides detailed descriptions of assessment objectives and answer requirements, while past exam papers and marking schemes are publicly available, helping students prepare effectively. In contrast, the UEC syllabus also exhibits relatively high transparency and offers free categorized past exam questions. However, accessibility remains a challenge due to financial barriers to obtaining past exam papers and the lack of publicly available marking schemes. Students are unable to freely download the latest past exam papers, and the absence of openly accessible marking schemes may disadvantage students with fewer resources, exacerbating educational inequity. Based on these findings, this study recommends improving the transparency and accessibility of UEC exam preparation resources. Suggested measures include refining the details in exam syllabus, providing official study guides, reducing financial barriers to accessing past exam papers, and publishing marking scheme to mitigate the educational inequalities caused by information asymmetry.

 

Keywords: Educational Equity, Examinations, Exam Preparation Resources, Transparency, Accessibility

基于人文关怀理念的生命教育课程开发与实践:以坤成中学“盲盲人海遇见你”跨学科课程为例 - 符巧玉

日期:2025 Sep 30

 

【论文摘要】以马来西亚坤成中学“盲盲人海遇见你”课程为例,探讨了以生命教育为核心的跨学科课程设计与实践。本课程参与者是初三年级 101 名学生,整合了生物、华文、英文、美术、音乐和电脑科技六大学科领域。通过多元化教学策略,特别是让学生与视障学生的真实互动交流,使课程实现了理论知识、实践创作与价值观养成的有机结合。根据学生的即时反馈显示,将生命教育理念融入课程设计不仅培养学生尊重生命的品格,同时也提升学生对视障群体的同理和关怀,进而促进了学生平等意识与社会责任感的养成。这项跨学科课程为推进生命教育在校园与本土社会的深入实践提供了重要的理论指导和实践启示。

关键词:生命教育  视障群体  同理心  平等意识  自主学习  课程整合  跨学科课程

Pembangunan dan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Hidup Berteraskan NilaiKemanusiaan - Kajian Kes tentang Kursus Rentas Disiplin “Melampaui Penglihatan, Menyatu dalam Kebersamaan” di Sekolah Menengah Kuen Cheng - Foo Cheau Yee

Tarikh: 2025 Sep 30

 

Abstrak : Kajian ini menggunakan kursus rentas disiplin “Melampaui Penglihatan, Menyatu dalam Kebersamaan” di Sekolah Menengah Kuen Cheng, Malaysia sebagai contoh untuk meneroka reka bentuk dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pendidikan hidup. Seramai 101 orang pelajar Tingkatan Tiga telah menyertai kursus ini, yang menggabungkan enam bidang mata pelajaran iaitu Biologi, bahasa Cina, bahasa Inggeris, Seni lukis, Muzik dan Teknologi Komputer. Melalui pelbagai strategi pengajaran, terutamanya interaksi langsung antara pelajar dan pelajar cacat penglihatan, kursus ini berjaya mengintegrasikan pengetahuan teori, amalan kreatif dan pemupukan nilai secara holistik. Maklum balas segera daripada pelajar menunjukkan bahawa penggabungan konsep pendidikan hidup dalam reka bentuk kurikulum bukan sahaja membentuk sikap hormat dalam kehidupan, malah meningkatkan empati dan keprihatinan terhadap golongan cacat penglihatan, seterusnya memupuk kesedaran terhadap kesaksamaan dan tanggungjawab social dalam kalangan pelajar. Kursus rentas disiplin ini memberikan panduan teori dan inspirasi praktikal yang penting bagi memperkasakan pendidikan hidup dalam komuniti sekolah dan masyarakat tempatan.

 

Kata kunci: Pendidikan Hidup, Golongan Cacat Penglihatan, Empati, Kesedaran Kesaksamaan, Pembelajaran Kendiri, Integrasi Kurikulum, Kursus Rentas Disiplin

Interdisciplinary Life Education Curriculum Rooted in Humanistic Care: A Case Study of the Interdisciplinary Course “Transcending Sight, Embracing Unity” at Kuen Cheng High School - Foo Cheau Yee

Date: 2025 Sep 30

Abstract : Taking the “Transcending Sight, Embracing Unity” course at Kuen Cheng High School in Malaysia as a case study, this research explores the design and implementation of an interdisciplinary curriculum centered on life education. The course, which targeted 101 Junior 3 (ninth-grade) students, integrated six academic disciplines: biology, Chinese language, English language, art, music, and computer technology. Through diverse teaching strategies, particularly authentic interactions between students and visually impaired students, the course successfully combined theoretical knowledge, practical activities, and value formation. According to immediate student feedback, integrating life education concepts into the curriculum design not only cultivated students’ respect for life but also enhanced their empathy and care for the visually impaired community, thereby promoting the development of their sense of equality and social responsibility. This interdisciplinary course provides important theoretical guidance and practical insights for advancing life education both within school settings and in the local community.Taking the “Transcending Sight, Embracing Unity” course at Kuen Cheng High School in Malaysia as a case study, this research explores the design and implementation of an interdisciplinary curriculum centered on life education. The course, which targeted 101 Junior 3 (ninth-grade) students, integrated six academic disciplines: biology, Chinese language, English language, art, music, and computer technology. Through diverse teaching strategies, particularly authentic interactions between students and visually impaired students, the course successfully combined theoretical knowledge, practical activities, and value formation. According to immediate student feedback, integrating life education concepts into the curriculum design not only cultivated students’ respect for life but also enhanced their empathy and care for the visually impaired community, thereby promoting the development of their sense of equality and social responsibility. This interdisciplinary course provides important theoretical guidance and practical insights for advancing life education both within school settings and in the local community.

 

Keywords: Life Education, Visually Impaired Community, Empathy, Equality, Autonomous Learning, Curriculum Integration, Interdisciplinary Curriculum

马来西亚华文独中女教师婚姻、育有子女状况与情绪耗竭的相关研究 - 郑湲尹、许忠仁

日期:2025 Sep 30

【论文摘要】本研究以 159 名马来西亚华文独中女教师为对象,探讨婚姻状况与育有子女状况对情绪耗竭的影响。采用横断性问卷调查设计,并透过独立样本 t 检定、二因子变异数分析及回归分析进行统计分析。研究发现:1. 未婚与已婚教师在情绪耗竭程度上无显著差异;2. 无子女教师的情绪耗竭显著高于有子女教师,显示子女可能为教师提供情绪支持,协助缓解工作压力;3. 婚姻状况与育有子女状况之间无显著交互作用;4. 整体模型解释力有限,但研究结果突显育有子女状况对教师情绪耗竭的重要影响。综上所述,无子女教师可能因缺乏家庭情感支持、责任感及同理心,面临更高的情绪耗竭风险,导致在工作压力下调适资源较为有限。因此,建议马来西亚教育部、董教总及各独中学校管理层共同推动系统性的教师心理健康支持措施,包括定期心理健康普查、情绪管理培训及设立心理健康专员制度,建立多层次支持系统,关注无子女及年轻教师的心理健康需求,并协助教师平衡工作与生活压力,降低情绪耗竭风险,促进教学热忱与专业成长。本研究不仅补充了马来西亚华文独中教师与教师心理健康相关研究的不足,也突显教师在华人文化传承中的核心地位,并为性别主流化教育政策提供了实证参考。

关键词:华文独中  育有子女状况  婚姻状况  情绪耗竭  教师心理健康

Kajian Mengenai Status Perkahwinan, Memiliki Anak, dan Keletihan Emosi dalam Kalangan Guru Wanita Sekolah Menengah Persendirian Cina di Malaysia - Yuan Yin Tay, Chung-Jen Hsu

Tarikh: 2025 Sep 30

 

Abstrak : Kajian ini melibatkan 159 orang guru wanita Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) di Malaysia, dengan tujuan meneliti kesan status perkahwinan dan status memiliki anak terhadap keletihan emosi. Reka bentuk kajian menggunakan tinjauan soal selidik keratan rentas, dan data dianalisis melalui ujian-t sampel bebas, analisis varians dua faktor (ANOVA dua hala), serta analisis regresi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa:

  1. Tiada perbezaan signifikan dalam tahap keletihan emosi antara guru yang belum berkahwin dan sudah berkahwin;
  2. Guru yang tidak memiliki anak menunjukkan tahap keletihan emosi yang signifikan lebih tinggi berbanding guru yang memiliki anak, menunjukkan bahawa anak mungkin menjadi sumber sokongan emosi dan membantu meringankan tekanan kerja;
  3. Tiada kesan interaksi signifikan antara status perkahwinan dan status memiliki anak;
  4. Kuasa penjelasan model keseluruhan adalah terhad, namun hasil kajian menekankan bahawa status memiliki anak adalah penting untuk mengatasi masalah keletihan emosi guru.

Secara keseluruhan, guru yang tidak memiliki anak mungkin berisiko lebih tinggi mengalami keletihan emosi kerana kekurangan sokongan emosi daripada keluarga, rasa tanggungjawab, dan empati. Hal ini menyebabkan sumber penyesuaian mereka terhadap tekanan kerja lebih terbatas. Oleh itu, disarankan agar Kementerian Pendidikan Malaysia, Dong Zong, Jiao Zong, serta pihak pengurusan SMPC bersama- sama memajukan langkah sokongan psikologi guru secara sistematik. Antara langkah termasuklah pemeriksaan kesihatan mental berkala, latihan pengurusan emosi, serta penubuhan jawatan pegawai kesihatan mental di sekolah. Sistem sokongan pelbagai lapisan ini harus menitikberatkan keperluan kesihatan mental terhadap guru muda dan guru yang tidak memiliki anak, serta membantu mereka mengimbangi tekanan kerja dan kehidupan. Hal ini dapat mengurangkan risiko keletihan emosi, sekaligus memupuk semangat mengajar dan pertumbuhan profesional. Kajian ini bukan sahaja melengkapkan kekurangan penyelidikan berkaitan guru SMPC dan kesihatan mental guru di Malaysia, malah turut menonjolkan kedudukan teras guru dalam pemeliharaan budaya Cina. Selain itu, kajian ini juga memberikan rujukan empirikal kepada penggubalan dasar pendidikan berteraskan jantina.

 

Kata Kunci: Sekolah Menengah Persendirian Cina, Status Memiliki Anak, Status Perkahwinan, Keletihan Emosi, Kesihatan Mental Guru

Studies on the Marital and Parental Status and Emotional Exhaustion of Female Teachers in Malaysian Chinese Independent Secondary Schools - Yuan Yin Tay, Chung-Jen Hsu

Date: 2025 Sep 30

 

Abstract: This study examined 159 female teachers from Malaysian Independent Chinese Schools to explore the effects of marital status and parental status on emotional exhaustion. A cross-sectional survey design was employed, with statistical analyses conducted using independent samples t-tests, two- way ANOVA, and regression analysis. The findings revealed:

(1) There is no significant difference in emotional exhaustion between married and unmarried teachers;
(2) It is found out that teachers without children reported significantly higher levels of emotional exhaustion compared to those with children, it can suggest that children may provide emotional support that helps buffer work-related stress;
(3) There is no significant interaction effect between marital status and parental status; and
(4) Although the overall explanatory power of the model was limited, the results highlight the significant role of parental status in influencing teachers’ emotional exhaustion.

In summary, teachers who do not have children may face higher risks of emotional exhaustion due to the lack of emotional support, responsibility, and empathy associated with parenthood, leaving them with fewer coping resources when dealing with work pressures. Accordingly, it is recommended that the Ministry of Education, the United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong), and school management establish systematic teacher mental health support measures. These may include regular mental health screenings, emotional management training, and the appointment of designated mental health officers, thereby creating a multi-level support system that addresses the specific needs of younger teachers who do not have children, it helps them balance work and life demands, it also can reduces emotional exhaustion risks, and sustains professional growth and teaching enthusiasm. This study not only fills gaps in research on Independent Chinese School teachers and teacher mental health in Malaysia but also underscores teachers’ central role in Chinese cultural transmission, providing empirical insights to inform gender mainstreaming education policies.
 

Keywords: Emotional Exhaustion, Independent Chinese Secondary Schools, Marital Status, Parental Status, Teacher Mental Health

 

Publish modules to the "offcanvs" position.